Followers

Thursday, December 10, 2015

Rockafella Fitness Ampang

Sejak kami semua kat opis dah perasan badan masing-masing macam tong dram, mulalah timbul kesedaran nak kurus semula. Mula-mula plan nak jogging je kat Tasik Pandan Perdana tapi memandangkan hujan lebat, aku ajak geng-geng gi gym. Gym berhampiran kami dekat dengan Tesco Ampang, Rockafella Fitness.

Kami pilih gym ni sebab dekat dan yang penting section untuk lelaki dan perempuan diasingkan.Jadi takde lah segan kami nanti.

Membership kami ladyboss yang banje...hehehehe =) Promosi hujung tahun hanya RM80 (biasa RM100) sebulan tapi kena langgan 3bulan terus, so RM240 untuk seorang. Boleh join zumba bagai secara percuma.Kalau taknak jadi member boleh walk in RM5 tapi kalau nak join zumba kena bayar RM10.

membercard

towel pink tu dapat free tapi Tshirt kena beli ye... RM29 sehelai (tp Naza beli RM25,dapat diskaun sebab join ahli)

Tqlah kepada Owner, En Ubaidillah dan isteri Pn Rohani sangat membantu dan beri penarangan kepada kami semua yang baru nak mula ni. Mesra pelanggan barulah kami semua selesa. Jeles tengok badan Kak Ani solid molid je walaupun dah beranak 5...Mak ni baru beranak dua tapi 
Hopefully 3 bulan lagi dapatlah body cam kak Ani =)

Sekian



2 comments:

Busyra Takiyudin said...

singgah n follow sini.. nice blog :0

Unknown said...

Yang penting dia asingkan ! . Susah nak cari gym begini . Mungkin banyak "sbb tak explore banyak tempat gym lagi mungkin" Btw the price quite affordable too . Gonna check them out . Thank you ! :D

- Syamsid Blog -

.