Followers

Sunday, November 1, 2015

Projek tanam sayur

Sejak menjoinkan diri didalam group tanam-menanam di facebook, berkobar-kobar jiwa nak sama menanam.Melihatkan tanaman orang sihat hijau, makin tak senang duduk dibuatnya.Bestnya kalau dapat makan sayur-sayuran tanaman sendiri.

Tapi ada problem pulak.. Bila duduk rumah flat, tempat nak letak pasu terhad dan terkepung dari sinaran matahari.Semangat punya pasal Naza teruskan juga niat nak berkebun.

Step pertama Naza order benih.Beli online dekat Fb Sis Rasinta.Ada berpuluh-puluh jenis benih sayur-sayuran,kekacang dan bunga.Baja pun dia ada jual.Harga benih murah saja 12 jenis hanya RM20 free poslaju.


Then pergi nursery cari tanah dan pasu


Projek menyemai bersama Evaleesya.Memandangkan kami tinggal di Flat maka terhadlah untuk tanam banyak-banyak.Menyemai pun dijalankan didapur je.hehehehe


Antara yang kami semai ialah red basil,sweet basil, sweet pea,cili jambak,sawi kerinting,tomato cherry,butterhead lettuce dan kailan bulat.Ada yang disemai dalam pasu,ada yang Naza semai dalam bekas telur.


Setelah beberapa hari,benih mula bertunas.



Setelah seminggu,red basil paling meriah membiak.Red basil dapat treatment greenhouse lagi.Guna plastik bekas telur aje.....







Tanaman kami sekarang...Setelah beberapa minggu, Suffer from the rain.Tak cukup sinaran matahari.

Naza dah order nutripot InshaAllah akan transferkan pokok-pokok ni dalam masa terdekat.Hopefully sayur-sayur yang kami tanam cepat membesar.Amin..

No comments: